Sabtu, 25 April 2015

Bengkel surirumah (Latihan ICT- KDB & Microsoft Word)

24  April 2015, 10.00 pagi – 12.00 tengahari, Pusat Internet 1Malaysia Kpg Sibuluh mengadakan latihan ICT bersama surirumah bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kpg Stungkor Baru. Peserta diberikan tunjuk ajar cara-cara menggunakan aplikasi Microsoft Word 2013. Peserta juga diberikan sedikit tugasan untuk menguji kefahaman dalam latihan yang telah diberikan.









Ahad, 19 April 2015

Latihan ICT (Microsoft Office 2013)



Pusat Internet 1Malaysia Sibuluh telah mengadakan latihan ICT pada 18 April 2015, latihan berjalan selama 2 jam setiap sesi iaitu dalam jam 9.00 pagi -11.00 pagi dan jam 2.00 petang -  4.00 petang di Pusat Internet 1Malaysia Kpg Stungkor Baru. Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara mengguna aplikasi Microsoft Office  2013. Peserta kelas tersebut seramai 9 orang setiap sesi, berumur dalam lingkungan  10 – 12 tahun.







Sabtu, 11 April 2015

Taklimat Klik Dengan Bijak ( 1 )

Taklimat Klik Dengan Bijak diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kpg Stungkor Baru. Taklimat ni diadakan  pada 11 April 2015.










Peserta-peserta ni sume sporting gilerrr.. :)

Sabtu, 17 Januari 2015

Hari Terbuka PI1M Sibuluh ( Gabungan Bersama PI1M Serasot & PI1M Krokong )

Hari Terbuka PI1M Sibuluh ( Gabungan Bersama PI1M Serasot & PI1M Krokong ) diadakan pada 13 Disember 2014.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah:

  • Kelas Membuat Perhiasan Manik
  • Kelas Emel & Blog
  • Taklimat Klik Dengan Bijak
  • Persembahan Koir




Selasa, 30 Disember 2014

Happy New Year

Hari berganti, bulan berganti, tahun pun berganti,tahun baru semangat baru, masa lalu adalah kenangan. Selamat Tahun Baru 2015 & Selamat Hari Natal kepada yang menyambutnya.



Isnin, 29 Disember 2014

2014 Assistant Manager Annual Refresher Workshop

Diadakan pada 15 Disember 2014 sehingga 18 Disember 2014, bertempat di Pejabat Nera Infocom (M) Sdn Bhd,Shah Alam Selangor.





Taklimat Klik Dengan Bijak

Pada 12 November 2014 sehingga 14 November 2014, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sibuluh bersama dengan Pusat Internet 1Malaysia yang lain di daerah Bau mengadakan taklimat di sekolah-sekolah yang terpilih. Antara sekolah yang dipilih adalah SK.Simpang Kuda, SK Podam, SK Serumbu dan SK Segubang. Taklimat ini diberikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah dan guru-guru tentang keselamatan dalam menggunakan internet. Taklimat tersebut diberikan oleh penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bau.







KLIK DENGAN BIJAK.....